Lagi Laporan Polis Dari Rela Kulim Terhadap Shafie


ALOR SETAR - Anggota Jabatan Sukarelawan Rakyat (Rela) Kulim meminta Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memohon maaf secara terbuka berikutan kenyataannya yang dianggap menghina pasukan tersebut tempoh hari.

Memetik Sinar Online, Kira-kira 50 anggota Rela telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim bagi memberi sokongan kepada Ketua Perhubungan Rela Kawasan Kulim, Ismail Shariff yang membuat laporan terhadap pemimpin terbabit.

Ismail berkata anggota yang menyertai Rela terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk bekas tentera yang mempunyai kemahiran dalam mempertahankan negara.

"Kenyataan Shafie itu tidak betul, Rela bukan hanya tahu jaga rumah kenduri. Dia kena tahu anggota Rela ini ada macam-macam pekerjaan termasuk bekas tentera dan menghadiri pelbagai kursus.

"Kami tidak berpuas hati dengan perkataan yang dikeluarkan Shafie terhadap Rela, sebab itu kami buat laporan dan minta dia mohon maaf kepada Rela seluruh negara," katanya selepas membuat laporan polis di sini, pagi semalam.

Terdahulu tular di laman sosial, Mohd Shafie ketika berucap dalam program Bicara Presiden Warisan di Tuaran, Sabah, mempertikaikan tindakan menempatkan anggota Rela yang didakwanya tidak mahir mengendalikan senjata api untuk penugasan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Susulan hal itu, pada 23 Januari lalu polis telah memanggil Shafie untuk merakam percakapan yang didakwa mempersoalkan kredibiliti dan memperlekeh peranan Rela.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.- Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com