Kutipan Hasil Kedah 2017 Melonjak, Lebihan RM100 Hingga RM150 Juta


ALOR SETAR - Prestasi kewangan dan kutipan hasil negeri sepanjang 2017 menunjukkan lonjakan luar biasa dengan lebihan antara RM100 juta ke RM150 juta.

Ia  menunjukkan bahawa pengurusan ekonomi, dasar fiskal dan pentadbiran kerajaan berada di landasan yang betul di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.

Kedah turut  mencatatkan prestasi ekonomi memberangsangkan dengan defisit berjaya dikurangkan daripada 14.95 peratus pada 2016 kepada 10.28 peratus tahun lepas dan dijangkakan terus berkurangan kepada 9.71 peratus tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata kerajaan tidak ada banyak masa untuk berpolemik atau terlibat dalam perkara-perkara yang kontroversi.

"Oleh itu, jauhilah fitnah, budaya viral cerita palsu kerana kerajaan ini sentiasa memikirkan yang terbaik untuk rakyatnya," katanya dalam ucapan amanat tahun baharu pada perhimpunan penjawat awam  di Wisma Darulaman, di sini.

Meurut Ahmad Bashah petunjuk bahawa kerajaan ini perludi kekalkan, kerana tanpa kerajaan negeri yang sealiran dengan Persekutuan banyak perancangan akan terbantut.

"Era gerhana pada 2008 hingga 2013 yang pernah dilalui  negeri dan rakyat Kedah  menjadi teladan. berharga. Cukup cukuplah agar ianya tidak diulangi' katanya lagi . 

Dalam hal ini  Ahmad Bashah menggesa rakyat di seluruh negeri agar  mengekalkan kerajaan sedia ada untuk menjayakan pelbagai agenda pemerkasaan pembangunan ekonomi kerana kerajaan negeri yang tidak sealiran dengan kerajaan Persekutuan akan membantutkan banyak perancangan. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com