Kulim Sasar Pengeluran 517.14 Tan Pisang Tahun Ini


ALOR SETAR - Jabatan Pertanian Daerah Kulim menyasarkan pengeluaran pisang sebanyak 517.14 tan membabitkan keluasan seluas 25.4 hektar yang bakal dibangunkan tahun ini.

Dengan pengeluaran sejumlah itu, pihaknya yakin ia mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi bagi kawasan setempat.

Pegawainya, Noor Afifah Ramli berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada sasaran 1,479.95 tan pengeluaran buah pisang dalam Pelan Strategik Pengembangan Pertanian 2016-2020 di daerah itu.

"Untuk jumlah pengeluaran tersebut, kita akan membangunkan 88.4 hektar tanah berpotensi bagi tanaman pelbagai jenis pisang bagi pasaran tempatan terutama di Kedah selatan," katanya.

Menurutnya lagi, bagi tahun hadapan pihaknya mensasarkan seluas 17 hektar akan dibangunkan bagi pengeluaran pisang membabitkan pengeluaran 380.63 tan manakala pada tahun 2020, sebanyak 270.93 tan disasarkan bagi keluasan 11 hektar.  

Katanya sejak  pelan strategik tersebut dimulakan, pihaknya sudah mengeluarkan 33.6 tan pisang di kawasan seluas 20 hektar pada 2016 manakala 277.65 tan pada 2017 dengan keluasan 15 hektar. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com