Kisah Timbalan Menteri Ke Menteri Besar "Antah Berantah" Yang Tersungkur...


Ketika dia menjadi Timbalan Menteri dulu, boleh dikatakan jarang sangat dia balik ke kawasan menjengah orang kampung. Susah sangat orang kampung hendak tengok batang hidungnya. Nama saja ahli parlimen, menjelang PRU baru dia tunjuk muka…

Patutnya ketika itu dia bersyukur. Sudahlah kalah bertanding jawatan, dia diberi peluang jadi Timbalan Menteri. Tapi dia tidak gunakan peluang itu sebaiknya untuk mendekati dan bertugas sebagai wakil rakyat. Dia fikir mudah menggalas amanah rakyat?

Kemudian, dia dipilih pula untuk menjadi Menteri Besar. Kali ini dia buat ‘stlye’ lain pula. Kebanyakan masa terpaksa dia habiskan di dalam negeri, bukan di ibu negara. Masa jadi Timbalan Menteri bolehlah dia beri alasan kerja di ibu negara. Tapi bila jadi Menteri Besar, dia perlu fikir alasan lain untuk ‘hilang’.

Keluarganya tidak pindah dan tidak bermastautin di negeri itu. Maka mungkin alasan itu menjadi faktor paling kukuh untuk dia ‘hilang’ dari terus berada dalam negeri tersebut. Pantang tiba hujung minggu, dia ‘ghaib’. Kadangkala, belum hujung minggu pun ‘ghaib’?

Tentang rakyat di Dun yang dia wakili, mudah saja dia fikir. Dia letakkan wakil di kawasan. Siapa yang berhajat mahu berjumpa, sila ke pejabat atau kediaman rasminya. Itupun kalau dia adalah. Kalau orang kampung datang dan dia tidak ada, maka nasiblah!

Wakilnya di kawasan itu hanyalah pegawai dan manusia biasa. Dia tiada kuasa membuat keputusan dan hanya boleh angguk mendengar masalah rakyat. Jika ada ‘pettycash’ lebih, dia hulur sedikit supaya cepat ‘diam’ dan balik. Kadang-kadang, wakil pun ‘hilang’?

Mungkin dia tidak tahu tentang istilah ‘wakil rakyat’ dan ‘wakil kepada wakil rakyat’. Dia fikir dengan meletakkan wakilnya, maka lepaslah tanggungjawabnya? Penulis tidak tahu di mana dia belajar pengurusan politik, dari bekas Perdana Menteri itukah?

Padanlah ramai pengundi di kawasannya merungut. Jalan tidak berturap, lubang di sana sini. Batang hidungnya tetap susah nampak. Sekali sekala sahaja, itupun jika ada program yang dirancang. Susah sangat dia hendak menjengok rakyat di kawasan…

Ada yang mengeluh, ahli jawatankuasa bahagian sendiri pun dia tidak kenal? Tahu nama pun tidak, apatah lagi latar belakang keluarganya. Bagaimana pula dengan orang di kampung-kampung dalam kawasan itu? Entah-entah, nama dan berapa jumlah kampung dalam kawasan sendiri pun dia tak tahu…

Di peringkat negeri, khabarnya dia cukup gelisah untuk membuat keputusan sehingga banyak kerja untuk rakyat yang tertangguh. Dia beri alasan konon ‘berhati-hati’, padahal dia sendiri takut untuk buat keputusan. Khabarnya, surat kelulusan balak ‘macai’nya yang tandatangan?

Apa yang dia tahu hanyalah merancang. ‘Kita mahu buat projek itu, kita mahu buat projek ini’. Projek yang dirancang semuanya mega-mega belaka. Padahal, duit dia harapkan dari Kerajaan Pusat. Hendak cari sendiri? FDI pun ‘ayahanda’ yang tolong cari, mahu harapkan dia? Habuk pun tidak ada…

Bila rancang projek berbilion-bilion, dia minta tolong Kerajaan Pusat. Padahal, dia selalu dikesan ‘hentam’ Kerajaan Pusat ‘dibelakang’ hingga hubungan menjadi keruh. Dia cari ‘gaduh’, tiba-tiba dia minta tolong dari orang yang dia buat musuh itu? Akal letak di mana?

Tidaklah penulis suruh dia ‘jilat’ dan ‘kipas’ Kerajaan Pusat. Tapi setidak-tidaknya, jalinlah hubungan erat dan setia kepada kepimpinan yang dipilih secara demokrasi. Jika dulu orang boleh jaga hubungan baik dan setia pada ‘ayahanda’nya, kenapa dia tak boleh buat perkara yang sama? Dia fikir dia besar sangat?

Dari sudut politiknya, mulanya semua suka, sokong dan setia padanya. Ada yang cuba jatuhkan dia, tapi majoriti masih sanggup pertahankannya. Padahal, ketika dipertahankan itu, memang majoritinya sedang ‘makan hati’ dengan perangai ‘bodoh sombong’nya.

Memandangkan dia ‘budak baru’ yang balik ke peringkat negeri, maka berkali-kali dia diberi nasihat dan tips yang baik untuk dia pertimbangkan. Dia dibantu dan disokong penuh oleh semua pihak ketika itu. Cuma dia saja yang ‘buta’…

Orang tidak minta projek, dia sangka orang meminta-minta darinya. Padahal, orang hanya mahu dia gerakkan parti yang ‘tidur’ sejak hari pertama dia angkat sumpah menjada Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan Negeri. Buruk sangka sungguh dia terhadap orang lain.

Ketika parti lain mendahului jumlah bilangan daftar pemilih, dia terkedek-kedek ‘blur’ tidak tahu nak buat apa. Orang lain sepakat muafakat bersama, dia buat kerja ‘one man show’, berlagak macam ‘hero’. Hampir tiga tahun tiada gerak kerja politik, ‘lena, selena-lenanya’…

Dia terkejut bila ramai yang ‘kejutkan’ dia. Sebelum ini, orang hanya bisik di telinga minta dia bangun tidur, tapi dia terus bermimpi indah ‘bermain ikan lumba’. Kali ini, majoriti bersuara, dia terlentang tersungkur bila hilang majoriti sokongan Dun.

Tapi mungkin anak ‘ayahanda’, maka akal ‘ayahanda’ yang licik ‘pedajal’ orang itu mungkin melekat dalam kepalanya. Sempat dia buruk-burukkan penggantinya dalam stadium. Padahal, itu adalah tempat sukan yang menyemai penyatuan rakyat. Tapi dia gunakan untuk pecah belah dan raih sokongan politik peribadi?

Akhirnya dia betul-betul ‘tersungkur’. Mujurlah ada ‘ayahanda’ yang berpengalaman licik dalam dunia politik, dua kali dia naik pangkat. Daripada bendahari ke naib presiden dan kemudian ke timbalan presiden? ‘Bertuah’ sungguh ‘anak bapak’!

Begitulah lebih kurang ceritanya tentang seorang ‘anak bertuah’ dari negeri ‘antah berantah’ yang terletak di utara kutub selatan. Kisah khayalan dan mitos turun temurun yang penulis dapat dari seorang rakan di kutub utara. Harap terhibur!

Sumber: myKMU.net

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com