"Keyakinan Duta Asing Pakatan Akan Perintah" Hanya Cerita Rekaan Mat Sabu


CUBAAN mengheret diplomat Kesatuan Eropah (EU) ke dalam kancah politik dalam negara dengan mendakwa kononnya kesatuan itu yakin Pakatan Harapan akan menang PRU14 adalah tindakan cukup terdesak PH untuk dapatkan sokongan rakyat.

Panganalisis politik, Dr. Kamarul  Zaman Mohd Yusoff menjelaskan, kenyataan Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu tentang 'keyakinan EU bahawa Pakatan Harapan akan memerintah' juga satu tindakan politik murahan.

Menurut Kamarul  Zaman, adalah lumrah untuk para diplomat negara luar mendapatkan perkembangan terkini yang berlaku di dalam Malaysia.


Mereka  akan mendapat pelbagai maklumat melalui pertemuan dengan pelbagai segmen masyarakat, termasuk pemimpin kerajaan, pemimpin pembangkang mahupun pemimpin masyarakat sivil, kata Kamarul Zaman menerusi Facabooknya semalam.

Kamarul  Zaman berkata demikian bagi mengulas gesaan Pakatan Harapan kepada duta negara-negara Eropah ke Malaysia agar memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi  'melaksanakan pilihan raya yang adil.'

Beliau menyifatkan pertemuan pemimpin PH dengan duta-duta Eropah itu telah dipolitikkan oleh Mohamad Sabu.

Dalam perkembangan yang sama, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata pertemuan gabungan pembangkang yang diketuai DAP dengan duta-duta EU jelas mengundang campur tangan asing serta menjejaskan maruah dan kedaulatan negara.

Kata beliau Pakatan Harapan membangkitkan isu-isu berhubung pentadbiran negara serta meminta campur tangan negara asing.

Beliau berkata, perkara itu te­lah menjejaskan usaha kerajaan dalam mempertahankan kedau­latan serta imej negara terma­suklah dalam isu industri kelapa sawit negara.

“Situasi ini sekali gus memberikan kesan langsung terhadap ratusan ribu pekebun kecil yang bergantung kepada industri kelapa sawit untuk meneruskan kehidupan harian mereka.

“Politik sempit Pakatan Harapan yang diketuai DAP ini ter­nyata merumitkan strategi dan dasar kerajaan untuk membela rakyat di negara ini,” tegas beliau dalam satu kenyataan semalam.

Kata beliau, pertemuan itu merupakan satu lagi helah dan hipokrasi yang menjadi teras politik bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang nyata telah membelakangkan kepen­tingan negara dan rakyat demi untuk meraih kuasa. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com