Kereta Trumpchi Ditukar Nama Elak Salah Faham


DETROIT – Syarikat penge­luar kereta China, GAC bakal me­nukar nama kereta yang dirancang diperkenalkan di pasaran Amerika Syarikat (AS) tahun depan kerana khuatir nama ‘Trumpchi’ akan dikaitkan dengan Presiden AS, Donald Trump.

Jurucakap GAC semasa pame­ran kereta di Detroit berkata, nama itu ditukar bagi pasaran AS untuk mengelak salah faham dan konotasi yang salah.

Kereta Trumpchi telah berada di pasaran China sejak beberapa tahun lalu dan makna perkataan itu dalam bahasa Cina bermaksud ‘legenda’.

Media tempatan baru-baru ini melaporkan pihak eksekutif syarikat itu sedang mempertimbangkan untuk menukar nama Trumpchi.

Syarikat GAC yang telah menjual lebih 500,000 buah kereta di China dan 13 buah negara lain di Asia dan Asia Barat telah lama mengumumkan untuk menjadi syarikat automobil pertama China yang memasuki pasaran AS pada hujung tahun 2019.

Syarikat itu juga merancang meluaskan perniagaan mereka ke Eropah selepas berjaya memenangi hati pelanggan di AS.

Budaya pemilihan nama jenama turut mempengaruhi syarikat pembuat kereta.

Sebagai contoh Tata Motors menggunakan singkatan nama ‘zippy car’ kepada ‘Zica’ yang merupakan pemilihan nama yang malang untuk kereta sedan hatchback pada tahun 2016.

Ini kerana pada tahun yang sama Pertubuhan Kesihatan Dunia (WTO) telah mengisytiharkan virus Zika sebagai darurat ke­sihatan global.

Sebuah syarikat di India terpaksa me­nukar nama kereta itu kepada Tiago. – AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com