Kenyataan Shafie Apdal Menguris Hati Anggota Rela Kedah


ALOR SETAR - Kenyataan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang memperlekehkan peranan anggota Rela ditugaskan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) menggores hati anggota Rela.

Pegawai Rela Daerah Kota Setar, An Nur Halim berkata, semua anggota berasa sedih dengan kenyataan dilemparkan dalam video Program Bicara Presiden Warisan di Tuaran, Sabah berdurasi 21 saat yang tular itu.

Susulan itu, satu laporan polis dibuat sekumpulan Anggota Rela Daerah Kota Setar di Balai Polis Anak Bukit, di sini, semalam, mewakili 150,000 anggotanya di negeri untuk menuntut permohonan maaf dari Ahli Parlimen Semporna itu.

Terdahulu, Shafie didakwa mempertikaikan tugas anggota Rela yang tidak memiliki kemahiran menggunakan senjata api untuk bertugas di Esszone, sekaligus layak mengawal trafik di majlis kenduri sahaja.

Sumber: Sinar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com