Ken Ilso Tolak PKNS FC Pilih Pulau Pinang


ALOR SETAR - Bukan PKNS FC menjadi pilihan Ken Ilso Larsen, sebaliknya bekas penyerang Kedah itu memilih Pulau Pinang sebagai pasukan baharunya apabila menandatangani kontrak secara rasmi dengan Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP), malam semalam.

Sebelum ini, khabar angin mengenai penyertaan penyerang yang memiliki ketinggian 1.83 meter itu bersama Harimau Kumbang sudah kedengaran sejak beberapa hari lalu dan kelibatnya yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, jam 4.45 petang semalam mengukuhkan khabar angin berkenaan.

Menurut Naib Presiden FAP, Azizudin Shariff berkata, pihaknya gembira kerana berjaya memikat penyerang berusia 31 tahun yang meledak 21 gol daripada 26 perlawanan ketika mewakili Kedah, musim lalu.

"Kecemerlangan Ken Ilso sudah terbukti dengan rekod jaringannya bersama Kedah musim lalu. Kita harap dia mampu menunjukkan bisanya apabila beraksi bersama Pulau Pinang musim ini," katanya memetik BH Online.

Dia dahulu pernah digelar 'King Ken' sejak menyertai kelab Singapura, Home United dua tahun lalu pernah mencipta rekod menarik dengan kelab berkenaan apabila meledak 30 gol dalam 41 perlawanan.

Kejayaan Pulau Pinang menandatangani Ken Ilso bermakna penyerang itu menjadi pemain import keempat diikat Harimau Kumbang selepas Sanna Nyasi, Ugochukwu Ukah dan Kang Seung Jo. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com