Kembar Siam Palestin Berjaya Dipisahkan


RIYADH - Sepasang kembar siam perempuan Palestin berjaya dipisahkan dalam satu pembedahan yang dilakukan, di sini kelmarin.

Media tempatan melaporkan, pembedahan yang diketuai oleh Dr. Abdullah Abdulaziz Al-Rabiah itu berjaya memisahkan Farah dan Haneen yang bercantum pada perut dan pelvis di Hospital Pakar Kanak-Kanak Raja Abdullah.

Proses pembedahan itu yang bermula pada awal pagi ini melibatkan sembilan fasa bius dan pemindahan beberapa organ termasuk hati.

Pasangan kembar itu juga berkongsi kaki, namun mempunyai paru-paru dan jantung berasingan. - AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com