Kedah Kempunan Dapatkan Khidmat Nguyen, Hanoi FC Enggan Lepas


ALOR SETAR - Skuad Lang Merah nampaknya terpaksa berputih mata apabila  Hanoi FC enggan melepaskan penyerang yang juga Ketua Pasukan Kebangsaan Vietnam, Nguyen Van Quyet.

 Juara Piala FA 2017, Kedah nampaknya terpaksa melupakan hasrat memiliki Nguyen pada musim ini.

Ketua Jurulatih Kedah, Ramon Marcote berkata, walau Nguyen tidak berjaya dimiliki, pasukan jurulatihnya telahpun berjaya mencari calon penganti Nguyen bagi kuota Asean itu selepas bekerja keras dan kini kedua-dua pihak dalam proses rundingan.

Namun begitu, Ramon mengakui bahawa pemain Vitenam itu adalah antara sasaran utama Kedah pada musim ini namun sayang kelabnya tidak mahu melepaskan beliau.

"Kami sudah pun mencari calon pemain lain dan saya berharap pemain itu akan bersetuju dalam rundingan tersebut," katanya memetik Sinar Harian.

Terdahulu, spekulasi kuat menyatakan Nguyen Van sedang menimbang untuk memilih beraksi di luar Vietnam dan dikatakan bahawa Malaysia menjadi destinasi pilihan terbarunya.

Sumber Facebook yang berkaitan kelab-kelab di Vietnam melaporkan Exco Hanoi FC, Nguyen Quoc Hoi mendedahkan bahawa kelab tersebut mendapat tawaran dari pasukan gergasi Liga Thailand, Muangthong United dan juga gergasi utara Liga Malaysia, Kedah.

Bagaimanapun semalam, Hanoi FC mengesahkan kelab tersebut mahu terus mengekalkan pemain harapannya itu pada musim ini. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com