Kedah Akhirnya Tewas Di Tangan Pesaing Suphaburi FC


ALOR SETAR - Perlawanan Kedah menentang kelab Thailand, Suphanburi FC yang berlangsung di Stadium Darul Aman, malam tadi menyaksikan Lang Merah terpaksa akur selepas tewas 3-1 buat kali pertama pada aksi Pramusim 2018.

Pasukan pelawat dilihat terlebih dahulu membuka jaringan melalui, Noppol Pitafai lantas meletakan mereka di hadapan 1-0 selepas menewaskan penjaga gol Kedah, Mohd Asri Muhamad pada minit ke-6.

Tersentak dengan jaringan awal tersebut, Lang Merah yang berbekalkan sokongan 10,000 penyokongnya kembali mengatur rentak dan berjaya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Pablo Pallares setelah berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-18.

Separuh masa kedua bermula menyaksikan penyerang Suphanburi FC, Dominique Comvalus kembali meletakkan pasukannya 2-1 di hadapan pada minit ke-60.

Kedah melakukan beberapa pertukaran selepas beberapa pemain utama mengalami kecederaan.

Lang Merah yang tidak berputus asa cuba untuk bangkit, namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila corak permainan menarik dipamerkan lawan menyaksikan mereka terus menambah jaringan kepada 3-1 menerusi Phokhi Janepob pada minit ke-74.

Sebelum ini, Kedah mencatatkan dua keputusan menang dan tiga seri sepanjang aksi Pramusim 2018.

Pasukan tersebut akan menerima kunjungan kelab terakhir UKM FC pada 27 Januari sebelum aksi Piala Sumbangsih 2018 di Larkin pada 3 Februari depan. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com