Kecoh, Trump Tower New York Terbakar


NEW YORK – Bangunan terkenal milik Presiden Amerika Syarikat, Trump Tower di New York terbakar pada Isnin menyebabkan puluhan anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurut Agensi, Jabatan Bomba New York, pihaknya telah menerima laporan kejadian kebakaran di bangunan yang terletak d ikawasan Manhattan itu kira-kira 7 pagi, Isnin waktu tempatan.

Kebakaran yang berlaku di tingkat atas bangunan itu bagaimanapun berjaya dikawal dan setakat ini, tiada mangsa yang tercedera dilaporkan.

Jabatan Bomba New York turut memaklumkan, kebakaran dipercayai berpunca elektrik yang terletak di bumbung bangunan tersebut.


Menurut Awani, Dalam pada itu, 84 anggota bomba telah dikerahkan di tempat kejadian.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bagaimanapun berada di Washington pada ketika kejadian.

Bangunan milik Trump itu menempatkan pangsapuri mewah dan ruang perniagaan.

Sumber: Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com