Kecewa Pemimpin PAN Makin Meluap, Desak PH Agih Semula Kerusi PRU14


PARTI Amanah Negara (PAN) yang ternyata tidak puas hati dengan pengagihan kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang mendesak Pakatan Harapan mengatur semula kerusi yang diberikan kepada parti itu.

Presiden PAN, Mohamad Sabu sebeum ini berharap agar kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan dapat memberi lebih banyak kerusi negeri kepada parti itu dalam PRU14 nanti.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, pihaknya akan berunding dengan pimpinan Pakatan Harapan selepas ini bagi membincangkan mengenai perkara itu.

"Ya, kita akan runding untuk dapat lebih kerusi negeri dalam PRU14 nanti,"ujarnya lagi ketikaditanya tentang kerusi yang sedikit diperolehi PAN.

Sementara itu Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub mencadangkan platform Pakatan Harapan digunakan untuk berbincang mengenai pembahagian kerusi susulan wujud ketidakpuasan hati beberapa kumpulan dan individu dalam parti itu.

Salahuddin berkata, dua perkara akan dibawa ke meja rundingan iaitu “Rundingan mengenai pengagihan kerusi ini kita bincang dari semua aspek seperti faktor kemenangan, kekuatan parti, sokongan pengundi dan kekuatan jentera. Semua ini kita adunkan dan kita bincang dalam menentukan kerusi.

“Jalan penyelesaian kepada situasi sekarang adalah melalui Harapan iaitu kita atur balik kerusi yang kita rasa boleh berbincang tentang faktor kemenangan dan masih ada kerusi-kerusi negeri masih dalam proses rundingan. Masih ada jalan keluar dan dapat kita selesaikan,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

 Pada Ahad lepas PAN Johor memboikot Konvensyen Pakatan Harapan 2018, kerana parti itu hanya mendapat dua kerusi di Johor. Turut menyuarakan protes ialah pemimpin PAN Perak, Kelantan dan Wilayah Persekutuan.

Salahuddin berkata, beliau menghormati pendirian PAN Johor dan sesetengah individu yang rasa kecewa dalam soal pembahagian kerusi.

“Itu hak mereka dan kekecewaan mereka kerana PAN ditubuhkan di Johor tetapi hanya dua kerusi diperuntukkan kepada parti ini.

Namun Salahuddin yakin protes itu tidak akan meruntuhkan PakatanHarapan yang telah dibina selama ini.

Di samping itu, kata beliau rasa tidak puasa  hati tersebut masih berada dalam kerangka demokrasi dan tidak akan menjurus kepada perpecahan dalam PAN.

Sebelum ini, Dr. Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Pakatan Harapan mahu mereka yang tidak puas hati itu bincangkan perkara itu dalam parti mereka.

" Semua parti  tidak akan merasa puas hati kerana kurang atau tak dapat kerusi, " kata Dr. Mahathir yang juga Pengerusi PPBM pada sidang media selepas Konvensyen Pakatan Harapan Ahad lalu.


PPBM yang tidak mempunyai kerusi Parlimen kecuali Pagoh, Johor yang dimenangi atas tiket BN pada PRU13,bagaimanapun 'dikurniakan' 52 kerusi Parlimen berbanding PAN (2 kerusi) walaupun kedua-kedua parti itu baharu ditubuhkan. 

PAN berhak menuntut kursi yang lebih atau adil kerana parti itu melakukan pergorbanan yang tinggi dengan memberikan sokongan pada kepada DAP dan PPBM untuk menjatuhkan kerajaan BN, khususnya UMNO dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

 Ia menjadi matlamat utama perjuangan Dr. Mahathir dan Lim Kit Siang walaupun kedua mereka saling bermusuhan pada masa dahulu,. -   Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com