“Kayu? Tunggu… Baru Satu Episod” - Janna, Ajak (Shiro)


KEMUNCULAN pertama gandingan pelakon Janna Nick dan pelawak Ajak (Shiro) sebagai hos baru program hiburan Melodi di TV3 menerima pelbagai reaksi penonton.

Segelintir netizen mula mengkritik penyampaian kedua-dua selebriti itu dianggap 'kayu' biarpun tidak sampai sejam program itu bersiaran secara langsung.


"Tak kena lah kau. Konon-konon nak buat kepoh-kepoh mulut tu tapi tak menjadilah 'kayu'.

"Ajak? Kenapa Ajak... Janna ok... Urban tapi Ajak rasanya macam tak sesuai.

"Tak best! Kayu!" komen beberapa netizen di laman Instagram dan Twitter.

Bagaimanapun, Janna dan Ajak menerusi program tersebut secara langsung meminta penonton memberi peluang memandangkan mereka masih lagi baru.

"Dah viral di twitter yang mengatakan kita kayu. Jangan macam itu. Kita ini baru sahaja, baru satu episod.

"Tunggulah sampai habis. Terima kasih pada yang memberi komen dan kami akan ambil untuk buat yang lagi baik selepas ini," kata Janna.


Namun, rata-rata pengikut pelakon My Coffee Prince ini menyelar semula kritikan negatif tersebut dan mempertahankan pelakon kegemaran mereka itu yang kelihatan sedikit gementar.

"Awal-awal dah berbunyi netizen negatif ni. Langsung tak nak bagi peluang kan. Bukannya nak bagi semangat atau sokongan.

"Ni duk buat orang rasa down je kerja. Memang tu je kerjanya. Cuba bagi peluang kat mereka. Cuba kau sendiri jadi pengacara. Mampu?

Ada segelintir pengikut Janna meminta netizen beri peluang pada hos baru program tersebut.

"Janna dengan Ajak nampak kekok sikit tapi tak apa la, pertama kali digandingkan bersama. Nanti lama-lama Insya-Allah ok," tulis beberapa orang pengikut Janna di Instagramnya.

Melodi bersiaran setiap hari Ahad pukul 12.00 tengah hari hingga 1.30 petang di TV3. Tiga segmen baharu yang bakal diperkenalkan dalam program hiburan itu ialah Cerita Sini, Habis Sini, Kecoh Netizen dan Melodi Prihatin.

Sebelum ini, program tersebut dikendalikan oleh Awal Ashaari dan Muhammad Azmir Selamat atau AG.

Sumber: Mstar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com