Juruteknik Petronas Ditahan Reman 7 hari Bantu Siasatan Kes Rasuah


KEMAMAN - Seorang juruteknik mekanikal sebuah syarikat cari gali minyak dan gas, Petronas ditahan reman selama tujuh hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan kes meminta sogokan kepada sub-kontraktor pada semalam.

Perintah reman itu dibenarkan Hakim Badrul Munir Mohd. Hamdi di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, suspek yang berusia 49 tahun dipercayai meminta rasuah sebanyak RM5,000 kepada seorang sub-kontraktor.

"Sogokan itu dipercayai sebagai dorongan kepada suspek untuk mengesahkan kerja-kerja membuka dan memasang perancah yang dilakukan sub-kontraktor berkenaan di Terminal Eksport Gas Petronas di Teluk Kalong di sini," katanya.

Sumber: Kosmo

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com