Jumpa Mayat Warga Emas Dalam Lubang Sampah Di Jitra


ALOR SETAR - Mayat seorang lelaki warga emas yang lengkap berpakaian ditemui orang awam di dalam lubang sampah berhampiran Taman Damai Jaya, di Jitra pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 5.30 petang yang melaporkan berkenaan penemuan mayat terbabit.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke jabatan forensik Hospital Jitra untuk dibedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa berpunca daripada serangan jantung,” katanya.

Mohd Ismail mendedahkan mangsa dipercayai berusia 74 tahun dan menghidap penyakit kencing manis kronik.

“Isteri mangsa sebelum ini pernah membuat laporan polis apabila suaminya tidak pulang ke rumah selepas keluar dari rumah mereka di Taman Pasu di sini pada 25 Januari lalu,” katanya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com