Jumpa Mayat Tersangkut Bawah Titi


MAYAT lelaki yang dipercayai sudah meninggal dunia tiga hari lalu ditemui dalam kebun kelapa sawit di Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi, kelmarin.

Mayat lelaki itu ditemui masih lengkap berpakaian dalam keadaan tersangkut di bawah titi kawasan paya kebun berkenaan.

Sebuah motosikal turut ditemui tidak jauh dari lokasi penemuan mayat itu yang dipercayai digunakan mangsa terbabit.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk bedah siasat petang kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah mengesahkan penemuan mayat berkenaan.

"Mayat dijumpai pada 11 pagi oleh orang awam dan kes setakat ini disiasat sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.

Beliau berkata, pihaknya masih menunggu hasil laporan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian.

Sumber: Metro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com