JTK Kedah Minta Ejen Syarikat Pakej Umrah Tampil Bantu Siasatan


ALOR SETAR - Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Kedah meminta semua ejen syarikat pakej umrah yang mendakwa tidak dibayar sejak dua bulan lalu tampil untuk memberi maklumat lengkap berhubung perkara tersebut bagi membantu siasatan.

Menurut Penolong Pengarah Tenaga Kerja Kanannya, Iskandar Jassa berkata, mangsa perlu membawa segala dokumen berkaitan untuk memudahkan siasatan.

Beliau berkata, pihaknya akan mengarahkan pegawainya untuk menjalankan siasatan ke pejabat urusan syarikat itu untuk berbincang dengan majikan berhubung masalah berkenaan.

"Kita mempunyai banyak kaedah untuk membantu menyelesaikan isu ini tetapi mereka perlu tampil segera berjumpa kami di pejabat JTK Anak Bukit, di sini untuk memudahkan siasatan dilakukan," katanya yang memetik MyMetro ketika dihubungi kelmarin.

Beberapa hari lalu, akhbar telah melaporkan 10 ejen pakej umrah membuat laporan polis terhadap syarikat mereka kerana tidak menyediakan kemudahan seperti dijanjikan dan setimpal dengan wang dibayar jemaah.

Ujar pekerja agensi terbabit, mendakwa sepanjang bekerja di syarikat beroperasi di Sungai Petani itu, mereka dipertanggungjawabkan menguruskan semua pakej bayaran jemaah yang mendaftar.

Malah mereka dikatakan tidak dibayar gaji selama dua bulan sejak bekerja di syarikat itu pada Oktober lalu menyebabkan mereka bersepakat untuk berhenti kerja. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com