JPNIN Yan Komited Perangi Dadah Dan Jenayah


YAN - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) daerah Yan  komited memerangi kegiatan penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat sekitar daerah ini.

Pegawainya, Mohd Fakhzan Nasir berkata, JPNIN Yan memainkan peranan yang cukup besar didalam membantu pihak polis dan juga Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam menangani gejala dadah di daerah Yan.

"Kekuatan perpaduan melalui Kawasan Rukun Tetangga dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) sentiasa memberi komitmen penuh kepada pihak polis.

"Sebagai contoh pada hujung tahun lalu, JPNIN Yan telah menganjurkan Program Touch Point Pencegahan Jenayah dan juga dadah di tujuh kawasan KRT sekitar daerah ini," katanya.

Katanya, kegiatan penagihan dadah berkait rapat dengan aktiviti jenayah dan ia sangat mengancam keselamatan masyarakat.

"Insya-ALLAH bagi tahun 2018 ini beberapa program khusus untuk menangani gejala penagihan dadah akan dirangka oleh JPNIN Yan dengan kerjasama AADK," katanya.

Menurut Fakhzan, JPNIN bukannya mahu mengambil alih tugas pihak AADK, tetapi percaya kerjasama yang baik mampu untuk mencapai matlamat.

"Hal ini kerana komuniti yang sifar gejala dadah akan menjaminkan keharmonian dalam kalangan penduduknya," katanya.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com