Jika Mahfuz Rakyat Thailand, Dia Sudah 'Ke Dalam Sel'


MCA, parti yang mewakili orang Cina di negara ini menyifatkan keberanian pemimpin Pakatan Harapan menyuburkan sentimen antikerajaan melalui cerita rekaan, penipuan dan tohmahan sudah sampai ke tahap yang melampau.

Tindakan pemimpin Pakatan Harapan yang biadap dan tidak menghormati institusi diraja sejak akhir-akhir ini perlu segera dihenti dan dikenakan tindakan sewajar bagi mengelakkan keadaan itu menjadi lebih parah.

Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, tindakan berani itu dilakukan semata-mata bagi mewujudkan sentimen antikerajaan dan cuba memprovokasi rakyat supaya turut masa mencabar intitusi diraja dan pemerintah.

Kata beliau, keadaan akan menjadi lebih teruk apabila kebiadapan pemimpin-pemimpin pembangkang menghina dan mengaibkan intitusi diraja dan kerajaan adalah kerana mereka tidak dikenakan sebarang tindakan atau hukuman biarpun corak yang digunakan agak melampau sejak kebelakangan ini. 

Beliau berkata demikian pada satu kenyataan media berikutan tindakan ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menjadikan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah sebagai bahan jenaka bagi membela Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Lian Ker berkata Mahfuz tidak  memahaami perbezaan perlembagaan dan raja berperlembagaan.
Beliau perlu memahami susunan perlembagaan dan peranan Raja berperlembagaan adalah berbeza dengan proses politik pemilihan dan peranan seorang Perdana Menteri.

Kini katanya, Mahfuz berani mencemar dan mengaibkan institusi diraja menerusi perbandingan yang mempersendakan dan mempersoalkan Sultan Pahang yang terus bertahkta biarpun baginda gering dengan Dr. Mahathir yang sudah berumur tetapi masih sihat.

“Dahulu mereka cuma mempersendakan pemimpin-pemimpin parti politik lapisan kedua, kini mereka tanpa segan-silu mempermainkan institusi diraja dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Rnzak sehingga membuat tohmahan dan cerita rekaan dengan bongkak tanpa rasa gentar atau segan-silu, katanya.

Menurut beliau lagi kalau dahulu Mahfuz beria-ia mahu Dr. Mahathir dijatuhkan tetapi kini dia pula bermati-matian mahu mengembalikannya sebagai Perdana Menteri atas sebab dan muslihat politiknya semasa-mata. 

"Kkalau pun ia hak Mahfuz untuk berkata demikian, tetapi janganlah sampai mengeluarkan kata-kata yang mencemar kedaulatan institusi diraja,” tegasnya.

Di Thailand mereka yang menghina, mengaibkan atau mengancam Raja, Permaisuri dan kerabat raja boleh dipenjarakan selama tiga hingga lima belas tahun.

Jika Mahfuz rakyat Thailand, beliau tidak akan terkecuali dikenakan tindakan undang-undang. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com