'Jika Bukan Kerana Kerajaan BN, Mahathir Pun Tak Boleh Bangunkan Langkawi'


Jika bukan Barisan Nasional (BN) yang perintah, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga tidak boleh dan mampu  bangunkan Pulau Langkawi.

Memang menjadi tanggungjawab Dr Mahathir selaku pemimpin negara pada masa itu untuk membangunkan Langkawi.

Namun kini tugas membangun dan memajukan Langkawi adalah tanggungjawab  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam hal ini Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengingatkan a penduduk Langkawi tidak  keliru mengenai jasa bekas Perdana Menteri itu pada masa dahulu dan tanggunjawab kerajaan BN pada masa ini.

"Walaupun siapa yang bertanding, kita yakin boleh mempertahankan tiga kerusi ini kerana pengundi di Langkawi boleh melihat dan menilai segala usaha kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dalam membangunkan Langkawi," katanya.

Beliau berkata demikian  diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir selaku Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang bersedia bertanding dalam PRU14 membabitkan satu daripada tiga kerusi parlimen iaitu Putrajaya, Langkawi atau Kubang Pasu.

Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkeyakinan   Barisan Nasional  mampu mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi,  Dewan Undangan Negeri Ayer Hangat  dan Kuah pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Kalau Tun Dr Mahathir atau sesiapa sahaja mahu bertanding di situ boleh tetapi yang rugi nanti orang Langkawi,” katanya di di Alor Setar semalam.

“Rakyat Langkawi jangan keliru dalam soal ini. Jika tidak di bawah BN, beliau (Dr Mahathir) tidak akan mampu membangunkan Langkawi kerana hanya wakil rakyat BN yang mampu membawa kemajuan di pulau itu dan juga di mana sahaja kawasan di negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Bashah berkata PPBM tidak mampu menerajui Pakatan Harapan di Kedah berikutan pergolakan yang berlaku di antara PPBM, DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).

“Mereka (pembangkang) sendiri bercelaru tengok sahaja perebutan kerusi yang masih berlaku dan kalau itu pun tidak boleh selesai , macam mana mereka nak tadbir negara. Rakyat sekarang tidak bodoh, mereka boleh menilai sendiri.

“Rakyat pun sudah muak. Tak akan kita hendak biarkan dia (Tun Mahathir) mengulangi kesilapan kesilapan yang pernah dilakukannya sepanjang menjadi perdana menteri selama 22 tahun dari 1981 sehingga 2003,” katanya. - Kedahnews.com


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com