Jabatan Penjara Dedah Punca Sebenar Mahathir Gagal Jumpa Anwar


ALOR SETAR - Jabatan Penjara Malaysia menegaskan bahawa kegagalan Tun Dr Mahathir Mohamad melawat bekas Timbalannya, Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah kerana bekas Perdana Menteri itu tidak membuat sebarang permohonan untuk berbuat demikian.

Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Omar berkata kepada media, pihaknya tidak pernah menerima sebarang permohonan lawatan daripada Mahathir atau wakilnya untuk melawat bekas Timbalan yang beliau pecat itu.

"Kebiasaannya, perjumpaan khas seperti dalam Ketetapan Peraturan-peraturan Penjara 2000 boleh dipertimbangkan untuk pihak tertentu selain daripada keluarga untuk bertemu banduan.

"Setiap permohonan akan dipertimbangkan berasaskan urusan yang disifatkan antaranya sebagai mendesak dan mustahak seperti yang ditetapkan peraturan berkenaan.

"Jabatan Penjara dan Penjara Sungai Buloh tidak pernah menerima permohonan daripada Dr Mahathir atau pihak beliau bagi menemui Anwar," tegas Zulkifli kepada wakil media yang hadir.

Zulkifli berkata, pihaknya pernah menerima permohonan bertemu Anwar dari beberapa pemimpin Pakatan Harapan sebelum ini termasuk Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dan meluluskan permohonan tersebut setelah dipertimbangkan.

Semalam, Mahathir dan Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dilaporkan telah ke Hospital Rehabilitasi Cheras untuk bertemu Anwar yang difahamkan sedang dirawat di sana.

Namun begitu, kemahuan bekas Perdana Menteri itu dan Syed Saddiq untuk bertemu bekas Timbalannya yang pernah beliau tuduh sebagai penzina dan peliwat itu tidak mendapat kebenaran.

Mungkin sakit hati kerana kegagalan bertemu Anwar, Mahathir menuduh Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang kononnya menjadi "dalang" menyekat beliau untuk bertemu dengan pemimpin yang beliau pernah malukan di mata dunia itu.

Memetik Utusan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam reaksi balasnya terhadap tuduhan semberono Pengerusi Pakatan Harapan itu menafikan kementeriannya mengarahkan Jabatan Penjara untuk menghalang pertemuan tersebut.

"Saya tidak menyentuh berkenaan perkara operasi (agensi di bawah KDN).

"Kuasa pada dia (pihak penjara). Saya berikan kepercayaan sepenuhnya kepada ketua jabatan di bawah KDN," tegas beliau. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com