Isu Pemilihan Mahathir 'Bakal PM' Makin Panas, PAN Salahkan PKR Tak Calonkan Azmin


Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Abdul Samad menyalahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor kerana tidak mencadangkan nama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai salah seorang calon Perdana Menteri Pakatan Harapan. 

"Ia bukannya kesalahan daripada DAP, PAN mahu pun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), " kata Khalid yang mempertahankan pemilihan Tun Dr. Mahathir Mohamamd  sebagai calon Perdana Menteri .

Keputusan Pakatan Harapan tidak menamakan Menteri Besar Selangor, (Azmin) sebagai calon Perdana Menteri merupakan kesilapan PKR sendiri.

Khalid mendedahkan kepemimpinan tertinggi PKR sebenarnya tidak mengemukakan sebarang nama dalam kalangan pemimpin mereka termasuklah Azmin untuk dicalonkan ke jawatan berkenaan pada Mesyuarat Pimpinan Presiden (MPP) Pakatan Harapan yang berlangsung pada di Petaling Jaya, 3 Januari lalu. 

Mesyua­rat tersebut yang di­sertai Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PPBM, Tan Sri Muh­yiddin Yassin; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAN, Mohamad Sabu itu sebulat suara bersetuju memilih Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri.

“Sepatutnya, PKR Selangor kalau menerima cadangan daripada pemimpin dan ahli akar umbi mahukan Azmin dipilih calon Perdana Menteri, mereka dari awal-awal lagi perlu mengemukakannya kepada pemimpin tertinggi PKR di peringkat pusat untuk dibawa dalam mesyuarat itu. 

“Bagaimanapun, apabila isu jawatan Perdana Menteri Pakatan Harapan dibangkit dan dibincangkan dalam mesyuarat MPP, keempat-empat parti (DAP, PKR, PAN dan PPBM) tidak mengemukakan senarai calon masing-ma­sing dan sebulat suara bersetuju dengan pemilihan Dr. Mahathir. 

“Jadi silap PKR Selangor yang tidak bawa cadangan nama calon Perdana Menteri untuk diangkat oleh pemimpin parti mereka. 

Dalam mesyuarat, cadangan dibuka kepada semua parti untuk menamakan nama calon lain selain daripada Dr. Mahathir, tapi semua parti senyap,” katanya kepada sebuah akhbar arus perdana semalam.

Dalam isu ini Khalid meminta supaya PKR Selangor terus akur dengan keputusan yang telah diputuskan oleh MPP Pakatan Harapan yang diketuai DAP yang memilih Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri selain menghentikan polemik membabitkan isu jawatan berkenaan. 

Malah, beliau me­ngakui bahawa pelantikan Dr. Mahathir itu merupakan antara strategi Pakatan Harapan yang diketuai DAP untuk menarik soko­ngan pengundi Me­layu khususnya dalam kalangan ahli UMNO.

Sebelum ini, bebe­rapa pemimpin PKR Selangor menolak keputusan Pakatan Harapan yang diketuai DAP kerana mencalonkan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Ketujuh sekiranya gabungan pembangkang itu menenangi PRU-14 dan menguasai kerajaan. 

Penolakan ke atas Dr. Mahathir itu disuarakan Timbalan Pengerusi PKR negeri, Zuraida Kamaruddin apabila secara terbuka menyatakan bantahan terhadap amalan ‘kitar semula’ pe­mimpin oleh Pakatan Harapan selain mencadangkan bekas Perdana Menteri itu dilantik sebagai menteri kanan sahaja.

Selain Zuraida, penolakan yang mana turut dibangkitkan Timbalan Ketua Wanita PKR Selangor, Dr. Daroyah Alwi yang terang-terangan mahu Mohamed Azmin dicalonkan untuk jawatan tertinggi itu manakala Ketua Komunikasi PKR negeri, Hizwan Ahmad pula mahu jawatan itu dipilih dalam kalangan ‘tokoh segar’ dalam Pakatan Harapan yang diketuai DAP. 

Pada sidang media semalam Dr. Mahathir mencabar mereka yang tidak bersetuju dengan perlantikan beliau agar memberi calon pilihan yang lebih layar daripada beliau. 

Dr Mahathir juga meminta isu pelantikan calon Perdana Menteri tidak dibincang dengan media oleh pemimpin Pakatan Harapan.- Kedahnew.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com