Isu Farid Kamil: Fadzil Tidak Salahkan Masyarakat


PELAKON dan adik kepada Datuk Farid Kamil, Fadzil Zahari berkata dia tidak boleh menghalang masyarakat daripada terus bercakap mengenai kontroversi yang terpalit pada nama baik abangnya itu.

Apa yang penting, menurut Fadzil, adalah sokongan moral yang diberikan oleh keluarga mereka kepada Farid yang kini masih menjalani rawatan kesihatan di pusat perubatan di ibu kota.

“Setiap orang ada pandangan dan persepsi berbeza. Saya tidak boleh nak halang mereka kerana ia hak masing-masing. Malah, ia menjadi pilihan mereka juga untuk memberi komen positif atau negatif.

Dalam perkara ini, saya tidak mahu ambil pusing mengenai apa yang diperkatakan. Cakaplah apa pun. Apa yang penting, keluarga tahu perkara sebenar,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, isteri Farid iaitu Datin Diana Danielle ada memaklumkan hal sebenar yang melanda suaminya, namun tidak akan mendedahkan punca tersebut kerana bersifat terlalu peribadi.

Sejak Khamis lalu, Farid dirawat dalam tempoh beberapa hari bagi memastikan keadaan kesihatannya pulih seperti biasa.

Menurut satu kenyataan oleh Fadzil, Farid tidak pulang ke rumah sesiapa sejurus dibebaskan dengan jaminan Selasa lalu sebaliknya terus dibawa ke pusat rawatan yang dirahsiakan lokasinya itu. –Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com