Isteri Jual Suami Pada Lelaki Lain Di FB Dengan Harga RM147


LELAKI menjual isteri mungkin biasa kita dengar tetapi lain pula ceritanya seorang wanita di Surabaya, Indonesia yang ditangkap polis kerana menjual suaminya di Facebook (FB).

Jurucakap polis Surabaya, Rudi Setiawan berkata, kegiatan wanita itu terbongkar selepas pasangan itu ditangkap ketika menunggu pelanggan di sebuah hotel pada Isnin lalu.

“Isteri yang jual suami. Lelaki itu diperdaya dan wanita itu menawarkan suaminya untuk tujuan seks di FB.

“Wanita itu menawarkan suaminya dengan harga Rp500,000 (RM147) kepada mana-mana lelaki yang berminat.

“Lebih mengejutkan lagi wanita itu kadangkala melayan pelanggan bersama suaminya,” katanya yang dipetik TribunJatim.com.

Katanya, ketika disoal siasat wanita berusia 20 tahun itu mengaku dia sudah menjual suaminya sebanyak tiga kali kepada lelaki lain.

“Wanita itu mengiklan suaminya di satu kumpulan di FB dengan menawarkan lelaki itu atau dirinya sekali.

“Ketika ditanya tujuannya itu, wanita berkenaan mengaku dia melakukan perkara itu kerana wang,” jelasnya.

Sumber: Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com