Iran Perlu Perubahan: Trump


WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata hari ini, sudah tiba masanya Iran berubah dan rakyat negara itu 'laparkan' kebebasan, susulan beberapa hari bantahan menentang kerajaan di Tehran.

Trump menulis Tweet, kerajaan negara itu gagal di setiap peringkat walaupun perjanjian teruk dibuat mereka dengan pentadbiran Presiden Barack Obama, merujuk pakatan nuklear terdahulu.

"Rakyat Iran ditindas selama beberapa tahun. Mereka laparkan makanan dan kebebasan. Bersama hak asasi manusia, kekayaan Iran dirompak. MASA UNTUK BERUBAH!" tweet Trump.

Trump agak lantang di Twitter mengenai bantahan di Iran yang meletus minggu lalu.

"Dunia sedang memerhati! Rejim menindas tidak dapat bertahan selamanya dan harinya sudah tiba apabila rakyat Iran berdepan pilihan," katanya menghantar klip ucapannya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) September lalu.

Presiden Hassan Rouhani membalas, mengatakan pemimpin AS itu, yang menentang seluruh Iran tiada hak bersimpati dengan penunjuk perasaan.

Media tempatan melaporkan, 10 orang maut di Iran dalam bantahan semalam. - AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com