Inilah Terowong Misteri Yang Dikorek Tangan Manusia


BEIJING – Bandar Beijing di China menjadi rumah kepada 21.5 juta orang penduduk, tetapi beberapa ribu daripada mereka perlu bersedia untuk hidup dalam terowong bawah tanah.

Jauh dari keriuhan jalan-jalan di Beijing, hakikatnya terdapat kota yang sunyi di sebalik itu.

Tidak ada kenyataan rasmi mengenai kompleks kediaman atau kewujudan terowong itu, namun dipercayai ia lebih daripada 20,000 hektar.

Dikatakan bahawa terowong itu menghubungkan semua bangunan utama kerajaan di bandar dan mempunyai 900 pintu.

Kota yang terkubur ini dikenal sebagai Dìxià Chéng ia membawa maksud penjara bawah tanah.

Dìxià Chéng dicipta sebagai perlindungan dari serangan nuklear semasa era Perang Dingin.

Dikhabarkan, tempat itu digali oleh tangan manusia dan hanya beberapa orang dari mereka yang menggunakan cangkul.

Segala-galanya diangkut menggunakan bakul buluh.

Di sini sejarah terowongan misteri telah dilaporkan The Vintage News, pada Isnin (22/1/2018).

Sumber -SuaraTV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com