Ibu Mertua Tak Tahu Farid Ditahan, Diana Mohon Privasi


TERKEJUT dengan penahanan suaminya, pelakon dan pengarah filem Datuk Farid Kamil tengah hari semalam, aktres Datin Diana Danielle, 26, memohon orang ramai agar memberi mereka ruang untuk meredakan isu tersebut.

“Beri kami ruang untuk menyelesaikan perkara ini dulu. Saya tidak akan beri sebarang komen buat masa sekarang. Terima kasih,” kata Diana.

Sementara itu, ibu kepada Diana, Norsiah Ramli berkata, dia juga tidak tahu menahu mengenai berita penahanan menantunya itu.

“Saya terkejut mengenai berita ini. Saya baru dapat tahu selepas dimaklumkan rakan media.

“Jadi saya tidak tahu dan tidak boleh nak komen lanjut. Ada baiknya hubungi keluarga Farid sendiri,” katanya kepada Harian Metro.

Farid ditahan selepas dipercayai menampar seorang anggota polis di Kota Damansara, Petaling Jaya pada jam 1.20 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din dilaporkan suspek berusia 37 tahun itu menampar anggota polis yang bertugas di kaunter Balai Trafik Kota Damansara.

“Selain menampar polis, Farid turut menendang dua orang awam di dalam balai berkenaan.

“Siasatan awal mendapati suspek datang ke balai bersama seorang rakan untuk membuat laporan polis kes kemalangan jalan raya, namun apabila anggota trafik bertanya laporan yang ingin dibuat, suspek kemudian menunjukkan WhatsApp mengenai ‘300 artis hutang ah long’.

“Dia kemudian tiba-tiba menampar anggota polis dan menendang dua orang awam di lokasi kejadian tanpa provokasi,” jelasnya. –Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com