Hasrat Mahathir Jatuhkan Najib Bukan Nak Bela Rakyat....


Datuk Seri Mukhriz  Mahathir mengakui setiap pemimpin politik mempunyai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.

Walaupun kenyataan itu tidak merujuk kepada diri beliau, tetapi ramai beranggapan bahawa beliau juga berhasrat untuk menduduki jawatan berkenaan.

Sebelum ini beliau juga mengakui wujud komplot yang diketuai  bapanya Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin (PresidenPPBM) memang mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pengakuan itu dibuat oleh beliau dalam satu perbicaraan kes saman fitnah di mahkamah pada Julai tahun lepas.

Selaku Pengerusi Pakatan Harapan, Dr. Mahathir telah pun dinamakan sebagai calon Perdana Menteri ke-7 andainya gabungan parti pembangkang - DAP, PKR,PAN dan PPBM menang PRU14.

Bagi pakar Geostrategis,  Dr Azmi Hassan, beliau berpendapat Dr Mahathir memiliki agenda sendiri untuk kembali berkuasa dan aktif dalam pentadbiran negara apabila memutuskan untuk menerima pelawaan menjadi calon Perdana Menteri.

Beliau berkata Dr Mahathir akan memiliki kuasa yang besar dan boleh melakukan segalanya termasuk kekal dalam jawatan itu jika dilantik perdana menteri.

Bagaimanapun memurut Azmi, jika bekas Perdana Menteri ke empat itu hanya mahu menjatuhkan UMNO dalam Pilihan Raya Umum akan datang, beliau tidak perlu menerima pelawaan itu.

Namun penerimaannya  sebagai calon Perdana Menteri dianggap menyerlahkan lagi  niat tersirat mengapa beliau menongkah arus dengan UMNO.

Besar kemungkinan Dr Mahathir mahu aktif semula dalam pentadbiran negara kerana jika dicongak sekadar hanya mahu singkirkan UMNO, sebenarnya (Dr Mahathir) tidak perlu sampai kepada menerima pencalonan itu," katanya dipetik daripada Berita Harian semalam.

Beliau menjelaskan, agenda sulit ini yang menyebabkan wujud kesangsian dalam kalangan pemimpin dan ahli akar umbi parti pembangkang.

Antara kuasa yang boleh dilakukan termasuk melaksanakan projek yang sama ada sudah dibatalkan atau diubah ketika Datuk Seri Najib Razak mentadbir.

"Jika ditinjau dari sudut politik pula sudah pasti mereka (pemimpin pembangkang) yang menyokong Dr Mahathir akan raih manfaat kemudian," katanya.

Ekoran pencalonan Dr. Mahathir (sebagai Perdana Menteri) pada Konvensyen Pakatan Harapan minggu lepas, ramai ahli pembangkang termasuk DAP dan PKR mempertikaikannya.Malahterdapat juga suara anak muda dalam PPBM yang menyatakan jawatan itu tidak sesuai lagi diterima oleh Dr. Mahathir.

Dalam hal ini, Azmi berkata, ia mungkin kesangsian mereka terhadap niat dan perancangan masa hadapan Dr Mahathir sendiri apabila menjawat jawatan Perdana Menteri.

"Kesangsian sebegini timbul kerana dari awal lagi Dr Mahathir menyatakan beliau tidak berminat dengan jawatan Perdana Menteri apabila serangan terhadap Najib dimulakan.

Kini timbul tanda tanya dalam kalangan pemimpin pembangkang sendiri apakah Dr Mahathir sedang mempergunakan pembangkang untuk bukan sahaja jatuhkan UMNO tetapi juga mahukan jawatan tertinggi negara," katanya. - Kedahnews.com


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com