Harini Hari Akhir Mohon BR1M: PM


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata hari ini adalah hari terakhir untuk mereka yang layak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia 2018 (BRIM 2018).

Katanya, mereka yang masih belum memohon diminta berbuat demikian dengan segera di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di seluruh negara.

"Mereka yang masih belum memohon juga boleh berbuat demikian di https://ebr1m.hasil.gov.my/," katanya dalam status terbaharu di laman sosial Facebook dan twitter semalam.

Sebelum ini, Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa tempoh pendaftaran BR1M 2018 dilanjutkan sehingga 25 Januari 2018.

Lanjutan tempoh itu diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri melalui Twitter rasmi beliau pada 4 Januari lalu manakala semakan BRIM 2018 boleh dibuat di portal rasmi eBR1M.

Dianggarkan sebanyak tujuh juta rakyat Malaysia akan menikmati pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan kadar maksimum RM1,200.

Bagi memudahkan penerima bantuan BR1M, Kementerian Kewangan mengumumkan penerima boleh memuat turun Aplikasi Semakan BR1M yang boleh di buat menerusi Play Store untuk platform Android atau App Store untuk iOS.

Melalui aplikasi itu, setiap pemohon BR1M boleh menyemak status penghantaran borang, permohonan BR1M, status bayaran dan status rayuan BR1M sekali gus memudahkan urusan pemohon untuk melakukan semakan

tanpa perlu menghubungi talian BR1M atau beratur panjang di kaunter-kaunter perkhidmatan bantuan itu di seluruh negara.

Orang ramai diminta memastikan bahawa aplikasi yang dimuat turun itu adalah aplikasi tulen yang dibangunkan oleh LHDN.

Sumber: BHOnline

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com