Harga Durian Di Kedah Kembali Murah Bila Cuaca Kembali Panas


KULIM - Harga durian jenis kampung di sekitar daerah ini yang naik begitu mendadak sejak kebelakangan ini disebabkan faktor cuaca sejuk.

Pegawai Pertanian Daerah Kulim, Noor Afifah Ramli berkata, sejak awal tahun lalu cuaca di sini mengalami taburan hujan agak tinggi sehingga berlaku banjir.

Menurutnya, faktor cuaca hujan itu telah mempengaruhi pengeluaran durian di daerah ini yang tidak begitu mengeluarkan hasil.

"Trend harga durian kampung melambung tinggi ini mempengaruhi pengeluaran buah durian, kerana pokok tiada tekanan sehingga kurang penghasilan bunga serta buah.

"Durian memerlukan faktor tekanan cuaca kering dan panas untuk penghasilan buah yang banyak, seperti tahun sebelumnya sehingga menjadi lambakan buah dan harganya jatuh," katanya.

Menurutnya, harga akan kembali murah apabila berlakunya lambakan durian akibat cuaca menjadi kering dan panas.

"Memang harga akan kembali murah apabila ada lambakan, sebelum ini pun pernah terjadi dengan hanya RM1 kita sudah mampu makan durian jenis kampung dan sehingga perlu dijadikan produk hiliram seperti tempoyak dan lempuk," katanya.

Selain itu, tinjauan Sinar Harian di beberapa gerai yang menjual durian harga bagi durian jenis kampung sahaja sudah mencecah belasan ringgit sekilogram dan menjadi rungutan ramai penggemar raja buah itu.

 Sumber: Sinar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com