Hadi Nasihat Mahathir Selesaikan Dulu Masalah Pakatan Sebelum Sindir PAS


PAS menasihatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad mentlesaikan dahulu persengketaan dalam Pakatan Harapan berhubung 'ketidakadilan' agihan kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen antara mereka menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Biar PPBM sendiri selesaikan masalah mereka. Sebelum pilihan raya sudah bergaduh bagaimana hendak membentuk kerajaan,”  sindir  Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dr. Mahathir disaran menyelesaikan terlebih dahulu masalah dalaman Pakatan sebelum menyindir hasrat PAS.

Pemimpin utama PAS itu berkata demikian sebagai merujuk insiden yang berlaku di Konvensyen Pakatan Harapan  Negeri Sembilan semalam apabila sekumpulan ahli PPBM mengamuk kerana tidak berpuas hati degan peruntukan enam kerusi Dewan Undangan Negeri di negeri berkenaan.

Ahli PPBM yang membuat protes itu menjelaskan mereka dengan tegas menolak penjelasan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang meminta mereka berkompromi dalam agihan kerusi yang akan ditandingi parti itu pada PRU-14.

Ketua Pemuda PPBM negeri, Mohd. Sharul Anuar Abu Samah dilaporkan berkata, parti itu hanya diberikan enam kerusi DUN yang sukar untuk dimenangi keputusan pilihan raya umum lalu.

Sebelum ini Dr. Mahathir selaku Pengerusi PH menyifatkan PAS sebagai  berangan-angan seperti  'Mat Jenin' untuk memerintah negara selepas parti itu membuat keputusan bertanding di 130 kerusi Parlimen di seluruh negara.

Abdul Hadi mengulngi bahawa partinya sentiasa  realistik untuk bertanding di 130 kerusi Parlimen pada pilihan raya kelak berdasarkan kepada kekuatan mereka yang mempunyai 195 kawasan di seluruh negara.

"Kita bertanding di atas dahan yang kukuh. Kita ada 195 kawasan, cawangan serta jentera yang kuat. Kami hanya bertanding 130 kerusi dan itu sasaran yang realistik dan berpijak di bumi yang nyata.

“Kalah menang itu soal lain, yang penting kita bertanding dahulu,” katanya selepas merasmikan majlis pecah tanah Kompleks Pendidikan Ibnu Aqil di Kampung Kubang Siput, Jalan Kodiang- Pauh Perlis malam tadi.

Sebelum ini Parti Amanah Negara (PAN) Johor juga tidak puas hati dengan Pakatan Harapan yang memberikan dua kerusi Parlimen di negeri itu hingga membikot Konvesyen Pakatan Harapan Malaysia awal bulan ini - Kedahnews.com.

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com