Guni Berisi Plastik Punca Kemalangan Di Kulim


ALOR SETAR - Kemalangan yang meragut nyawa seorang pekerja kilang berusia 35 tahun setelah tercampak ke tengah jalan dipercayai akibat motosikalnya melanggar guni berisi plastik.

Kemalangan  tersebut berlaku di Jalan Kulim-Kuala Ketil berdekatan Kampung Batu Pekaka, Kuala Ketil, Baling, malam kelmarin.

Apa yang difahamkan kejadian itu berlaku pada jam 8 malam membabitkan mangsa Norsafariza Ismail, 35, dari Padang Buloh, Jalan Hospital Kulim, Kulim.

Mangsa dilaporkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialaminya.

Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Shariffuddin Yusuf berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas selesai bekerja di sebuah kilang di Kuala Ketil.

Menurutnya, mangsa pada kejadian menunggang motosikal jenis Honda Wave dipercayai terlanggar guni berisi plastik di atas jalan di tempat kejadian.

"Akibat itu, motosikalnya terjatuh di bahu jalan, manakala mangsa tercampak di tengah-tengah jalan dan mati akibat kecederaan parah," katanya ketika dihubungi, semalam.

Tambah, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Baling (HB) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Pihak polis masih menyiasat kejadian termasuk mengesan saksi bebas untuk membantu siasatan," katanya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com