Gula Semula Jadi Dalam MILO Daripada Malt Dan Susu


KUALA LUMPUR – Pengeluar makanan dan minuman, Nestle Malaysia hari ini berkata fakta dalam video yang mengulas mengenai minuman malt bercoklat keluarannya, MILO adalah mengelirukan.

Nestle dalam satu kenyataan berkata lebih 50 peratus daripada kandungan gula di dalam MILO datangnya secara semula jadi yang berasal terus daripada susu dan malt.

“Kami memastikan gula yang ditambah hanya berada pada paras minimum, iaitu cuma enam gram gula pada setiap hidangan 200ml, atau kira-kira satu sudu teh gula.

“Ini adalah bagi mengekalkan rasa minuman MILO yang digemari rakyat Malaysia,” kata kenyataan itu bagi mengulas video mengenai kandungan gula di dalam MILO.

Menurut kenyataan itu, MILO dibuat daripada susu, malt (barli) dan serbuk koko dan mengandungi vitamin dan garam galian termasuk vitamin B2, B3, B6 dan C .

“Sejajar dengan keperluan pengguna pada masa kini, kami sentiasa berusaha untuk menghasilkan produk yang lebih sihat dan lazat,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Percuma Khidmat Pengguna Nestle di talian 1-800-88-3433. – BERNAMA

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com