Gro Di Kulim Lari Lintang-Pukang Diserbu Penguatkuasa


ALOR SETAR - Warga asing yang juga diantaranya pelayan pelanggan (GRO) bertindak lari lintang pungkang dan ada diantaranya bersembunyi di bawah pentas ketika serbuan dilakukan penguatkuasa dalam Ops Gegar, pada awal pagi tadi.

Pengarahnya Zuhair Jamaludin berkata, ada diantaranya turut melarikan diri di kawasan perumahan berdekatan namun begitu gagal apabila 30 warga asing berjaya di tahan.

Operasi tersebut disertai 30 anggotabermula jam 9 malam sehingga 4 pagi tadi dan dilakukan di tiga lokasi berasingan termasuk dua kedai makanan dan minuman di Padang Serai dan satu cafe di Taman Kempas, Kulim.

Zuhair berkata, kesemua yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 43 tahun terdiri daripada seorang lelaki dan 42 wanita dari Thailand dan Laos.

"Daripada operasi yang dijalankan itu, Jabatan Imigresen Negeri Kedah telah membuat pemeriksaan ke atas 75 individu pelbagai warganegara, dari jumlah tersebut, seramai  30 orang telah ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63.

"Mereka yang ditahan kebanyakannya menyalahgunakan pas dan disyaki bekerja di Premis Cafe/Pub terbabit menggunakan Pas Lawatan Sosial," katanya.

Tambahnya, kesemua mereka yang ditahan ditempatkan dilokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan sebelum diserahkan ke Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com