Gadis Nazak Sempat Beri Nama Pembunuhnya


Seorang gadis yang sedang nazak selepas ditembak, sempat memberikan nama pembunuhnya, sebelum dia meninggal dunia.

Gadis berkenaan, Aasma Rani, yang merupakan pelajar perubatan tahun tiga di Abbottabad, Pakistan, telah ditembak tiga das di luar rumahnya di Kohat, selepas melangkah keluar dari beca, pada Sabtu.

Aasma ditembak kerana menolak lamaran suspek.

Media tempatan melaporkan, suspek dikenali sebagai Mujahidullah Afridi, iaitu anak saudara kepada presiden daerah parti Tehreek-e-Insaf.

Menurut Pakistan Today, abang Mujahidullah, Sadiqullah, juga dituduh menunggu di luar rumah Aasma sebelum gadis itu ditembak.


Sebelum ini, Mujahidullah dilaporkan pernah mengugut untuk membunuh Aasma kerana enggan berkahwin dengannya.

Susulan itu, keluarga Aasma memohon supaya kematian gadis itu diberikan keadilan.

Mujahidullah telah melarikan diri namun operasi memburunya telah dilancarkan oleh polis.

Sumber: Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com