Facebook Akan Perkenal Ranking Sumber Berita Untuk Tangani Berita Palsu


NEW YORK – Bagi menangani isu penyebaran berita palsu di Facebook yang semakin hebat diperkata terutamanya di Amerika Syarikat (AS), laman sosial paling berpengaruh dunia itu bakal memperkenalkan ‘ranking sumber berita’.

AFP melaporkan, ranking sumber berita yang akan diminta daripada lebih dua billion penggunannya itu dipercayai antara usaha terbaru Facebook untuk menyampaikan lebih banyak berita sahih khasnya kepada pengguna di AS.

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg dalam kenyataan di laman Facebooknya berkata, dengan menggunakan butang ranking sumber dapat membantu aliran berita yang keluar masuk.

“Kita akan cuba tangani isu berita palsu terutamanya ketika Pilihan Raya Presiden yang lepas di AS. Perubahan ini akan membantu kita untuk mengetahui penyebaran berita palsu juga.

“Adalah sangat penting untuk kita pastikan masa yang digunakan di laman Facebook sangat bernilai. Berita tempatan membantu membina komuniti dalam talian serta luar,” katanya.

Beliau membuat pengumuman berkenaan selepas mengadakan lawatan ke seluruh AS penghujung tahun lalu selain mengadakan pertemuan dengan pengguna laman sosial itu.

Penyebaran berita palsu juga menjadi cabaran utama kepada Google dan Twitter.

Antara perubahan terbaru di Facebook dalam masa terdekat termasuklah ranking sumber dipercayai yang bertujuan memastikan berita yang dibaca berkualiti tinggi dan menyuburkan rasa kebersamaan berbanding perpecahan.

Facebook juga memutuskan untuk bergantung kepada pengguna mereka meletakkan ranking sumber berita.

Ia juga mengutamakan perkembangan kawan-kawan dan ahli keluarga serta perkongsian mereka berbanding iklan, catatan selebriti dan media.

Perubahan yang hanya akan diperkenalkan di AS ketika ini juga akan diperluaskan ke negara-negara lain dalam masa terdekat. 

Sumber– Agensi

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com