Eh… Selesaikan Saman MPSJ Hanya RM10?


PERHATIAN buat pengguna jalan raya sekalian, jika anda mempunyai saman tertunggak yang belum dijelaskan lagi, maka boleh mengambil kesempatan ini untuk melangsaikan hutang-hutang anda.

Hal ini kerana, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah mengumumkan bahawa terdapat potongan besar untuk pembayaran saman.

Kali ini, bayaran saman adalah pada kadar yang sama iaitu RM10 untuk saman yang tertunggak, fuh!

Lapor NST, inisiatif ini merupakan usaha untuk mengelakkan pemandu yang ingkar daripada didakwa kerana melakukan kesalahan lalu lintas.

Dalam erti kata lain, jika anda tidak mahu menghadapi masalah dan berurusan dengan pihak mahkamah, maka segera jelaskan saman.

Selain itu, tawaran ini hanya terhad dalam tempoh tiga bulan sahaja, bermula daripada 1 Februari hingga 30 April 2018.


Tetapi, harus ingat bahawa tawaran ini tidak terpakai kepada semua kelas pemandu. Terdapat pengecualian untuk saman yang dikeluarkan untuk kesalahan di bawah Perintah Pemindahan Jalan MPSJ (Ban Kenderaan Berat) 2012.

Jika saman anda tidak tertakluk kepada kesalahan seperti yang telah disebutkan tadi, maka anda tidak layak mendapat potongan bayaran saman berkenaan.

Cara untuk membayar saman dan cara untuk mendapatkan promosi tunggakan bayaran berkenaan boleh dibuat di beberapa tempat seperti yang berikutnya:

Laman sesawang MPSJ
Kaunter Pandu Laju
Kaunter Ibu Pejabat dan Cawangan
Kaunter Bergerak
Sistem MPOS

Sementara itu, pihak MPSJ juga sangat mengalu-alukan pertanyaan dan panggilan sekiranya anda mempunyai sebarang soalan berkaitan dan kemusykilan tentang Kempen Bayar Kompaun Lalulintas ini di talian berikut 03-80263153 atau 08-80263289.

Jadi, kepada semua pemilik kenderaan yang mempunyai banyak saman yang tertunggak bolehlah membuat pembayaran saman berkenaan mulai bulan Februari sehingga April 2018 nanti untuk menikmati kadar sama rata iaitu sebanyak RM10 sahaja. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com