Dua Remaja Mengaku Tidak Bersalah Bunuh 23 Orang


KUALA LUMPUR - Dua remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi atas tuduhan membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat dalam satu kebakaran, tahun lepas.

Kedua-dua remaja yang kini berusia 17 tahun itu mengaku tidak bersalah terhadap 23 pertuduhan yang dibacakan dihadapan hakim Datuk Azman Abdullah.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua remaja itu  didakwa bersama-sama membunuh kesemua mangsa tersebut antara jam 4.15 pagi hingga 6.45 pagi 14 September lalu di Pusat Tahfiz Al-Quran Darul Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, 14 September lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 19 Februari depan untuk sebutan semula kes.

Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur, Othman Abdullah dan Timbalan Pendawa Raya Nurakmal Farhan Aziz manakala peguam Michelle Ng bertindak bagi pihak kedua-dua pesalah muda itu.

Dalam nahas tersebut, kesemua mangsa meninggal dunia di tingkat tiga pusat tahfiz itu akibat kebakaran yang dipercayai mempunyai usur khianat.

Sumber: Sinar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com