Doktor Terkejut Jumpa 16 Jarum Dalam Badan Bayi Disyaki Didera


Doktor di Tashkent, Uzbekistan terkejut apabila mengesan 16 jarum di dalam badan bayi lelaki, dipercayai akibat didera.

Berdasarkan imbasan x-ray, jarum berkenaan berada di beberapa bahagian badan bayi berusia 11 bulan itu termasuk di jantung, leher, tulang belakang, usus dan pundi kencingnya.

Doktor berkata, ibu bayi terbabit membawanya ke hospital di Ferghana disebabkan suhu badannya terlalu tinggi dan dia sukar untuk membuang air kecil.

Doktor pada awalnya menyangka bayi itu menghidap radang paru-paru tetapi terkejut dengan penemuan jarum berkenaan susulan x-ray diambil.

Doktor kemudiannya segera melakukan pembedahan yang mengambil masa sembilan jam sebelum mengeluarkan 13 jarum dari badannya.

Pakar jantung mengeluarkan tiga jarum dari dadanya manakala sembilan lagi dikeluarkan dari perut dan satu dari bahagian leher.

Dia kini dijadualkan menjalani satu lagi pembedahan untuk mengeluarkan jarum selebihnya pada bahagian badan dianggap kurang mengancam nyawa.

Bagaimanapun, doktor tidak menjelaskan bagaimana perkara itu boleh berlaku namun percaya ia dimasukkan ke dalam badan bayi berkenaan.

Doktor turut menafikan kemungkinan bayi itu tertelan jarum berkenaan.

Bayi malang itu dipercayai menderita dengan jarum berkenaan dalam badannya sekurang-kurangnya sebulan.

Sementara itu, polis mula menyiasat insiden berkenaan termasuk mengesan pelaku yang bertanggungjawab.

Ibunya berkata, dia membesarkan anaknya bersendirian memandangkan suami bekerja di Russia.

“Saya tinggal dengan ibu. Orang lain tidak pernah datang ke rumah kami. Saya tidak tahu bagaimana ia boleh berlaku,” tegasnya.

Sumber: Daily Mirror

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com