Doktor Selamatkan Harimau Hidap Tumor Seberat 2 Kilogram


SONGKHLA - THAILAND. Doktor haiwan di Thailand berusaha menyelamatkan seekor harimau berusia 20 tahun yang menderita tumor seberat dua kilogram.

Harimau betina yang diberi nama Or Noi 5 itu selamat menjalani pembedahan di Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Tone Nga Chang di Hat Yai, kelmarin.

Pegawai tempatan, Thanit Nooyim berkata, tumor pada haiwan itu dikesan dua bulan lalu dan pemeriksaan pada Rabu mendapati ia mengancam nyawa dan perlu menjalani pembedahan segera.

Katanya, lima pakar bedah dari Jabatan Taman Negara dan fakulti veterinar Universiti Songkhla mengambil masa tiga jam untuk membuang tumor dari Or Noi 5 yang diberi ubat pelali, lapor Bangkok Post.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com