Derita Dua Jam, Jari Tersepit Mata Gerudi Di Nibong Tebal


NIBONG TEBAL - Seorang pekerja warga asing terpaksa menanggung derita hampir dua jam, selepas ibu jarinya tertuduk mata gerudi ketika mengendalikan mesin hidraulik sebuah kilang kayu dekat Jawi di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, pekerja warga Bangladesh berusia 30-an dikatakan sedang melakukan kerja menggerudi kayu, sebelum ibu jari tangan kirinya tertusuk mata gerudi yang sedang beroperasi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata mangsa dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap (HSB) sebelum pihaknya dihubungi bagi membantu memotong mata gerudi berkenaan.

"Kita terpaksa menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mata gerudi yang tersepit pada jari mangsa.

"Operasi khidmat khas itu tamat dalam tempoh satu jam dan keadaan mangsa dilaporkan stabil," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Pekerja terbabit kini masih dirawat di HBP sebagai pesakit luar.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com