Dapat Kerusi Sikit, PAS Pun 'Sindir' PAN


Parti Amanah Negara (PAN) yang sebelum ini gah mahu menawan Kelantan pada PRU14, kini tersentap malu.

Parti pimpinan Mohamad Sabu itu mungkin malu kerana Dr. Mahathir dan Lim Kit Siang telah mengurniakan kerusi paling sedikit pada PRU ini.

Sebaliknya PPBM yang lebih muda dan berserabut dengan masalah dalamam parti  pula diberikan kerusi yang banyak, melebihi PKR yang diwujudkan pada 1998.  

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz semalam menyindir (PAN yang mendapat agihan kerusi paling sedikit dalam kalangan pakatan pembangkang.

Menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau, Nik Abduh seolah-olah menyindir parti itu walaupun tidak menyebut nama parti itu.

"Mereka marah, sedih dan bungkam (diam) kerana diisytiharkan dengan jumlah kerusi yang sedikit sesudah mereka ketawa memperlekeh PAS mengisytiharkan diri bertanding di mana saja kerusi yang dimahuinya (diingini).

"Sedih sang malang. Ketawa sang maling," kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Konvensyen itu menetapkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendapat jumlah kerusi terbesar iaitu 52, diikuti PKR (51), DAP (35) dan PAN (27).

PAN yang berazam menawan Kelantan PRU14 sejak dua tahun lalu mungkin diberikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lebih banyak di negeri itu.  

Dalam pada itu Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, keputusan memilih Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri membuktikan pakatan yang diketuai DAP itu tidak mempunyai calon berwibawa untuk memimpin negara.

Malah katanya, Dr. Mahathir bukanlah calon yang ‘kuat’ pun untuk menewaskan Barisan Nasional (BN).

Kehebatan Dr. Mahathir dalam berpolitik terbukti apabila dalam masa dua tahun puak yang sebelum ini menentangnya kini telah mengangkatnya sebagai Perdana Menteri. 

“ 20 tahun ini mereka (DAP dan PKR) berlawan nak jatuhkan Dr. Mahathir kerana isu (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) tiba-tiba angkat dia sebagai calon, maknanya ‘hebatlah’ politik Dr. Mahathir,” katanya kepada pemberita selepas Seminar Ahli Majlis dan Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Kelantan 2018 semalam.

Ahad lalu Pakatan Harapan mengumumkan Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selaku timbalannya.  

Jawatan itu akan diserahkan oleh Dr. Mahathir kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila tiba masanya. Itu pun jika Pakatan Harapan berjaya memerintah negara ini - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com