DAP Tidak Akan Korbankan Kerusi Selamat Pada Mahathir


Penentangan beberapa pemimpin DAP menguatkan hujah bahawa parti cauvinis China itu tidak mahukan Tun Dr. Mahathir Mohamad diangkat semula sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Pada hemat saya, DAP memang tidak mahukan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dan mereka hanya umumkan beliau sebagai Perdana Menteri sementara atas sebab taktikal untuk tarik undi,’’ Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Katanya, walaupun Dr. Mahathir telah diumum sebagai calonnya, DAP  DAP diyakini tidak akan memberikan kerusi selamat mereka pada PRU14 ini kepada Pengerusi Pakatan Harapan itu.

Kejujuran DAP untuk mengangkat Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri bergantung kepada kesanggupan mereka memberi kerusi selamat kepada bekas Perdana Menteri itu untuk bertanding, katanya.

Menurut Tunku Abdul Aziz, sekiranya  Dr. Mahathir dibiarkan bertanding atas tiket PPBM, ini jelas me­nunjukkan DAP hanya mempergunakan bekas Perdana Menteri itu untuk meraih undi orang Melayu memandangkan peluang untuk menang masih samar.

Oleh yang demikian kerusi DAP adalah yang paling ‘selamat’ untuk Dr. Mahathir kerana akan mendapat soko­ngan kuat kaum Cina.

Bagaimanapun perkara akan menjadi realiti  jadi jika benar mereka mahu beliau jadi Perdana Menteri sekali lagi, ujar beliau.

Sebelum ini Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali  menawarkan kepada Dr. Mahathir Parlimen Gombak yang anggap 'selamat' bagi Menteri Besar Selangor itu,  tetapi ditolak oleh Dr. Mahathir

Dr. Mahathir yang juga Pengerusi PPBM dikatakan lebih berminat untuk bertanding sama ada di Parlimen Langkawi, Kubang Pasu atau Putrajaya. 

Sementara itu, bekas Setia­usaha Organisasi DAP Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman juga yakin DAP tidak akanmengorbankan  kerusinya kepada Dr. Mahathir kerana parti itu lebih suka sekiranya beliau bertan­ding di kawasan Melayu.

‘‘Mereka lebih suka keadaan itu kerana akan membuatkan orang Melayu bergaduh sesama sendiri dan menguntungkan DAP, " katanya kepada sebuah akhbar perdana hari ini.

Sebelum ini anak bekas Pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo berkata keputusan mencalonkan Dr Mahathir  akan membawa kepada kelahiran semula “Mahathirisme”

Sangeet Kaur menyifatkan keputusan Pakatan Harapan memilih Mahathir membuktkan gabungan pembangkang  ketandusan calon dan kekurangan strategi - kedahnews.com,


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com