DAP "Arah" Mahathir "Curi" Undi Masyarakat Luar Bandar


ALOR SETAR - DAP "mengarahkan" Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melaksanakan tugas "mencuri" undi daripada masyarakat luar bandar di negara ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang dijangka berlangsung sebelum Ramadhan ini.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, impian Pakatan Harapan untuk memegang kuasa di negara ini akan hancur berkecai sekiranya bekas Perdana Menteri berusia 92 tahun itu gagal menyempurnakan tugas itu.

"Jika Dr Mahathir tidak dapat mencetuskan gelombang di kalangan pengundi luar bandar dalam tempoh 100 hari sebelum PRU14 ini, nampaknya tiada pemimpin lain mampu menyelesaikan 'Mission Impossible' ini," kata tokoh yang menguasai DAP itu.

Mengulas lanjut, Kit Siang mendakwa bahawa sekiranya hanya pengundi bandar sahaja yang memberi undi kepada Pakatan Harapan namun pengundi di luar bandar tidak berbuat demikian, maka ia tidak akan memberikan kemenangan kepada gabungan pembangkang itu.

Jelasnya, keadaan itu bukan hanya akan merugikan usaha Pakatan Harapan menguasai negara, malah akan memberi keuntungan kepada musuh ketatnya, Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Tsunami politik kawasan luar bandar tanpa tsunami bandar akibat kekecewaan pengundi kawasan bandar untuk melakar perubahan secara demokratik, menyerahkan masa depan juga hanya akan berakhir dengan memberi keuntungan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, UMNO dan Barisan Nasional," kata Kit Siang.

Kit Siang sebelum ini lantang menyerang Mahathir dan pernah menulis buku mendakwa pembabitan bekas Perdana Menteri itu dengan skandal Bank Negara Malaysia (BNM) yang melibatkan wang negara yang bernilai puluhan bilion ringgit telah "ghaib".

Walau bagaimanapun, Kit Siang dilihat "tidak bersuara" ketika Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) menyiasat skandal mega itu dipercayai ekoran Mahathir telah bersekutu rapat dengan DAP untuk menghadapi PRU ke-14 ini. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com