Dana PBB Untuk Bantu Pelarian Syria Semakin 'Kering'


KUALA LUMPUR - Duta Khas Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR) Angelina Jolie menyatakan bantuan kemanusiaan bukan lagi jalan penyelesaian jangka panjang bagi krisis pelarian Syria.

Ini kerana, katanya, UNHCR tidak mempunyai dana bagi menyediakan keperluan asas secukupnya untuk membantu pelarian berkenaan.

"Pada tahun lalu, hanya 50 peratus yang menyumbang untuk dana kemanusiaan UNHCR, dan setakat tahun ini, baru tujuh peratus yang membuat sumbangan.

"Keadaan ini amat mengecewakan kerana UNHCR tidak berdaya untuk membantu pelarian-pelarian ini," kata Jolie.

Pemenang anugerah Oscar itu berkata demikian selepas melawat kem Zatari di Jordan.

Ini kali kelima pelakon Hollywod itu melawat kem berkenaan sejak krisis pelarian Syria tercetus.

Kem Zatari ialah kem induk kepada warga Syria yang lari dari konflik peperangan di negara itu.

Setakat Disember tahun lalu, Jordan telah melindungi lebih daripada 655,000 pelarian Syria.

Sumber: Astro Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com