Cuaca Sejuk, Kera Juga Berselimut


KUALA KRAI – Fenomena cuaca sejuk yang dikatakan melanda seluruh negara sejak beberapa hari lalu dan turut di rasai di Kelantan terutamanya jajahan Kuala Krai.

Keadaan cuaca sejuk, berangin dan berkabus selain hujan menyebabkan rata-rata penduduk memakai baju sejuk setiap masa.

Bagaimanapun, suhu rendah antara 22 hingga 24 darjah celcius sepanjang hari tidaklah sesejuk ketika jajahan Kuala Krai ini dilanda musim sejuk luar biasa sekitar awal tahun 2014.

Ketika 2014, suhu di sekitar Kuala Krai sepanjang hari dilaporkan serendah antara 19 hingga 22 darjah Celcius terutama pada awal pagi.

Suhu normal di sini ialah antara 28-32 darjah celcius

Pesara tentera, Wan Ahmad Wan Sulaiman berkata, cuaca sejuk dirasakan hingga ke tulang pada awal pagi sejak beberapa hari lalu menyebabkan keluarganya terpaksa memanaskan air untuk mandi.

“Suhu sejuk ini mungkin sebab hujan sering turun. Cucu saya tidak mahu mandi kalau air sejuk. Jadi setiap pagi kami akan jerang air di dapur untuk mandi. Kami juga terpaksa memakai baju sejuk sepanjang hari.

“Saya bimbang kera saya, Bobby yang ditambat di luar rumah kesejukan. Jadi saya bercadang membelikan sehelai baju sejuk untuk Bobby juga,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Aur Duri, di sini hari ini, petik Utusan

Ketika ditemui, Wan Ahmad sedang bermain dengan Bobby dan menyelimutkan kera jantan kesayangannya itu dengan sehelai kain.

Sumber: Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com