Cuaca Sejuk Jejas Ratusan Penerbangan Di Kanada


MONTREAL - Cuaca sejuk, salji dan ketiadaan anak kapal memaksa ratusan penerbangan di beberapa lapangan terbang di negara ini, dibatalkan atau ditangguhkan.

Masalah yang berlaku sejak semalam, itu menyebabkan Air Canada mengeluarkan amaran perjalanan kepada penumpang yang menggunakan lapangan terbang di Toronto, Montreal, Calgary dan Ottawa.

Air Canada turut memansuhkan bayaran yuran yang sering dikenakan kepada penumpang yang ingin menukar tiket penerbangan mereka.

Menurut data yang diperoleh dari laman web lapangan terbang terbabit, masalah itu turut menyebabkan tempoh berlepas tertangguh antara empat hingga lima jam.

Di Toronto, menurut pengesan penerbangan, FlightAware, salji menyebabkan hampir 500 penerbangan dibatal atau ditangguhkan.

Insiden itu memaksa penumpang meminta bantuan atau menyuarakan rasa tidak puas hati dan kemarahan mereka menerusi media sosial. - AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com