Cerai Dengan Anak Presiden, Jutawan Hilang Harta


SEORANG jutawan kehilangan hampir separuh hartanya selepas dia meninggalkan anak perempuan Presiden Rusia, Vladimir Putin untuk bersama dengan seorang wanita glamor, Zhanna Volkova.

Jutawan berkenaan Kirill Shamalov, hilang harta berkenaan sebagai `hukuman’ kerana bercerai dengan anak perempuan Putin, Katerina.

Kirill meninggalkan Katerina untuk bersama dengan Zhanna yang menetap di London. Bagaimanapun Kirill dan Zhanna, yang pernah berkahwin dengan seorang pegawai kanan Mocsow, enggan mengulas laporan media mengenai hubungan mereka.

Katerina dan Kirill dilaporkan berkahwin pada 2013 namun tiada pengesahan dibuat oleh kerajaan Mereka dikatakan berkahwin di sebuah resort di St. Petersburg dan semua tetamu diminta bersumpah untuk menjadikan ia sebagai rahsia.

Tiada pengumuman dibuat kerana Putin sememangnya melarang aktiviti keluarganya dibincangkan ramai.

Kirill adalah anak kepada kroni Putin iaitu Nikolay Shamalov. Hubungan baik kedua-duanya menjadikan keluarga Nikolay kaya raya.

Katerina pula terkenal sebagai penari Acrobatic Rock’n’roll dan terdapat dakwaan dia kini sedang dilatih oleh Putin untuk menjadi penggantinya pada 2024.

Perpisahan berkenaan dilaporkan oleh Bloomberg dengan memetik sumber dan ia bermakna Kirill terpaksa melepaskan pegangan saham sebanyak 4.3 peratus dalam industri gas di Rusia.

Saham itu diberikan kepadanya sebagai hadiah perkahwinan daripada Putin.

Tahun lepas, kekayaan Kirill dilaporkan sebanyak $1.3 bilion. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com