Catat 6 Kes Ragut Dalam Tempoh 6 jam Di Perlis


KANGAR - Kelicikan seorang peragut meragut enam wanita dalam tempoh enam jam di enam lokasi berbeza di Padang Besar dekat sini akhirnya tumpas apabila berjaya ditahan polis pada 6 Januari lalu.

Ketua Polis Perlis, Datuk Azisman Alias berkata, suspek lelaki yang berusia 25 tahun itu, merupakan seorang penagih dadah syabu tegar. 

"Suspek tidak bekerja dan baharu sahaja keluar dari penjara pada Disember tahun lalu melakukan jenayah ragut untuk membeli keperluan dadahnya.

"Sehari sebelum berjaya ditahan, suspek telah meragut enam wanita bermotosikal di enam lokasi berbeza di Padang Besar sekitar pukul 7 pagi hingga pukul 2 petang.

"Turut dirampas wang tunai dan dua telefon bimbit yang jumlah keseluruhannya dianggarkan bernilai RM1,300," katanya pada media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di sini hari ini.

 Suspek menggunakan sebuah motosikal yang dipinjam daripada rakannya untuk melakukan jenayah.

Terdahulu, Azisman berucap dalam majlis Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perlis bulan Januari 2018. 

Sumber - Kosmo

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com